fbpx
Memetik artikel daripada Utusan Online, https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/perniagaan-online-punca-lepasan-spm-enggan-sambung-pengajian/ , salah satu sebab lepasan SPM enggan untuk sambungbelajar kerana perniagaan online menawarkan pendapatan yang lumayan.
.
Kita tidak dapat menafikan yang pelajar lepasan SPM atau masih dibangku sekolah sekarang lebih maju dan terhadapan dari generasi pelajar sebelum ini dari segi keupayaan mencari duit poket terutamanya menggunakan platform atas talian / online.
 
Ini sedikit sebanyak menampakan kejayaan sistem pelajaran kita berjaya melahirkan usahawan di usia muda.
 
Untuk memperkasakan usahawan muda ini, sistem pendidikan terkini yang mengambil kira pengalaman kerja untuk sambungbelajar tampak salah satu solusi yang mampan.
 

Sekarang banyak IPT menawarkan jurusan diploma atau degree secara atas talian sesuai untuk  usahawan muda, lepasan SPM ini, antaranya :

– Bachelor of Business Administration Honours Majoring In Social Media.

– Bachelor of Business Administration Honours Majoring In Financial Technology.

– Bachelor of Business Administration Honours Majoring In Digital Marketing.

– Bachelor of Business Administration Honours Majoring In Business Analytics.

Dengan menggunakan pengalaman kerja, usahawan muda ini boleh memohon APEL MQA (APEL A dan APEL C) untuk sambungbelajar peringkat diploma (minimum umur 20 tahun) atau Ijazah / degree (minimum umur 21 tahun) walaupun keputusan SPM anda tidak cukup kredit (juga teruk / gagal) atau TIADA SPM.

 
Jadi selain boleh melakukan perniagaan online, usahawan muda ini juga boleh sambungbelajar secara online juga!